Hati berdesah
Jiwa gelora
Diri tersepit di celah noda
Berkata benar
Dibilang benci.
Berkata dusta
Dibilang penipu.
Tidak ditegur
Huru hara jadinya.
Jika ditegur
Menjadi jadi lagaknya.
Suruh berubah
Ditunding arah.
Bila dibilang bodoh
Diri dimarah.
Bila dibilang pandai
Bongkak sombong tersadai.
Andai kata hati ini keras bak batu gamaknya
Akan diri ini menyingkap segala nya.
MY LIFE WILL NOT PERFECT WITHOUT YOU! :D
Wednesday, 12 November 2014
Gelora
Alpa
Mungkin kau lupa,
Barangkali alpa,
Bumi ini dipijak nyata,
Hari ini kau di atas sana,
Mungkin esok kau di bawah rata,
Kau gelar dirimu raja,
Lagak sang harimau ketawa saja,
Barangkali kau leka,
Dirimu hanya milik yang Esa,
Semakin sedar semakin lara,
Maaf jika maut menanti dirimu terluka.
Tuesday, 21 October 2014
Onak
Kau ibarat bintang yang sukar digapai.
Kau ibarat ombak yang sukar difaham.
Kau ibarat laluan yang berliku.
Menyentuhmu perlukan sesaat.
Memahami mu memerlukan sedekad.
Kau semakin jauh.
Larianmu semakin laju.
Semakin ku kejar semakin kau jauh.
Fahami ku bukan kerja mu.
Fahami mu adalah tugas tetap bagiku.
Namun kau enggan memberiku peluang.
Kau degil!
Kau campak kan aku di lembah soalan.
Soalan yang hanya maut menjawab.
Berterus teranglah.
Jika aku bukan ditakdirkan untukmu
Ajari aku supaya menerima hakikat ini.
Pimpinlah aku untuk memahami mu.
Ya Allah permudahkanlah segala jalan jalan yang berliku.
Ya Allah permudahkanlah pemahaman ku.
Agar ku bisa menitik tinta di kertas jawapanmu.
Sunday, 19 October 2014
Dulu
Dulu.
kau teman sepermainanku.
Hari hariku ditemani dengan tawa.
Hanya denganmu, ku rasa bahagia.
Bagai tiada yang percaya.
Waktu melangkah pantas.
Kini bertemu semula di pentas dunia.
Dimana kau dan aku.
Berdiri di alam baru.
Tiada lagi kenangan silam.
Tiada lagi tawa.
Hanya ditemani duka.
Kau bersuara.
Aku hanya mengunci bibir.
Walau hatiku berdetak hebat.
Senyuman tetap terukir dibibir.
Tika kau melangkah pergi bersama dia.
Pandangan ku kabur.
Aku buntu.
Aku keliru.
Pergi
Bibir terkunci
Hati berbicara
Mutiara jernih gugur jatuh kepipi
Kau pergi jua...
Jauh sehingga sukar untuk digapai
Bayangmu menghantui ku
Ingin sekali ku gapai
Namun aku jatuh lagi
Jatuh lagi dan lagi
Cuba untuk bangkit
Agak sukar...
Langkahku beku
Sebeku hatiku
Jasadku kaku
Hanya jiwaku melayang
Mengejar bayangmu.
Jangan
Jangan.
Jangan kau nyatakan hatimu.
Jangan kau luah hasratmu.
Jangan.
Jangan kau nanti diriku
Jangan kau sabar denganku
Jangan.
Jangan pergi dariku
Jangan jauhkan aku
Jangan.
Jangan kelirukan diriku
Jangan buntukan aku
Jangan.
Jangan pernah ubah dirimu
Kerna Aku rindukan dirimu yang dulu.
Saturday, 26 July 2014
Buntu
Buntu. Otak ku buntu.
Sesak nafasku.
Hadirnya dikau buatku resah
Dirimu hadir hatiku gelisah.
Langkah kakimu kedengaran tidak.
Suara hatimu kudengar jelas.
Merayu rayu kulepaskan.
Mutiara jernih mengalir di pipi.
Mata terbuka hati tertutup.
Fikiran kembali ke alam nyata
Meninggalkan resah di alam maya.
Wednesday, 18 June 2014
Iman
Pandangan sukar dilihat
Hati sukar dijaga
Pendengaran sukar didengar
Perkataan sukar ditutur
Mana menghilangnya pandangan itu?
Mana perginya hati itu?
Mana ghaibnya pendengran itu?
Mana jejaknya bahasa itu?
Jawapan terletak pada iman didada
Jika iman didada menjadi goyah! Nescaya.
Lemah lah pandangan
Lemah lah hati.
Lemah lah pendengaran.
Lemah lah bahasa.
Hei kamu! Tidakkah kamu berasa sekelumit bersalah apabila mata mu galak menyinar mengintai bumi?
Hei manusia! Tidakkah kamu berasa terhina jika hati kamu dikotori najis maksiat?
Wahai makhluk Allah! Tidakkah kamu berasa kecewa pabila telingamu terus mendengar perkara dusta?
Wahai sang arjuna! Wahai sang bidadari! Tidakkah kamu tahu berkata benar itu harus? Tidakkah kamu mengerti tutur bahasa itu perlu dijaga? Adakah kamu mengerti apa itu adat dan budaya?
Apa itu sopan dan agama?
Jika hilanglah segala-galanya.
Maka bersedialah menunggu dirimu yang bakal dihisab disana.
Monday, 9 June 2014
Masalah
Masalah! masalah! masalah!
Masalah datang tanpa diundang
Masalah timbul tanpa dicari.
Masalah tidak akan datang jika tidak dijemput sendiri.
Masalah tidak akan selesai jika berlari lari.
Masalah dunia oh! masalah dunia
Tidak akan pernah selesai jika berdiam diri.
Tidak akan pernah selesai jika suara lantang berdiri.
Masalah! masalah! masalah!
Akan selesai jika tangan dihulur kaki berdiri.
Akan selesai jika tangan yang dihulur digapai.
Jika kaki berdiri ditahan.
Ingat lah masalah dapat diselesai jika bertolak ansur diamalkan.
Sunday, 8 June 2014
Kebenaran
Kebenaran.
Dimana kebenaran?
Mencari ia bagai mencari sebutir belian.
Apakah kebenaran?
Kebenaran yg terbukti membinasakan hati.
Susah untuk menerima kebenaran.
Sukar untuk mengucapkan kebenaran.
Sehingga ada mulut ditutup untuk bekata benar.
Sehingga ada mata ditutup untuk melihat perkara yang benar.
Susah kah kiranya kita menerima kebenaran?
Tuesday, 3 June 2014
Kenal
Kenal. Dikenali. Mengenali.
Adalah satu perkataan yg sama tetapi berbeza maksud.
Kenal.
Kita kenal seseorang tidak semestinya kita mengenali hatinya.
Kita dikenali tidak semestinya kita mengenali jiwa seseorang yang kita kenal.
Cukup mudah sekiranya dinyatakan bahawa satu perkataan membawa erti pelbagai.
Dan satu perkataan yang cukup penting dan saling bekerjasama.
Monday, 2 June 2014
Rupa
Rupa.
Ada apa pada rupa?
Rupa tidak bererti apa apa.
Rupa hanya kurniaan Allah Taala.
Rupa yang cantik menjadi alpa.
Semuanya hanya pinjaman semata- mata.
Akhirat kelak tiada ditanya.
Rupa yang cantik jika gelap hatinya.
Gelaplah seluruhnya.
Rupa yang huduh jika terang hatinya.
Maka teranglah segala- galanya.
Menerangi kegelapan alam disana.
Sunday, 1 June 2014
Rahsia
Ada rahsia dikongsi bersama.
Ada rahsia dipendam sahaja.
Ada rahsia membunuh jiwa.
Ada rahsia menjadikan kita dewasa.
Rahsia bukan sekadar rahsia.
Sebuah rahsia menyingkap seribu cerita.
Cerita dipendam tiada nokhtanya.
Hingga terseksa diakhir hayatnya.
Salah
Salah siapa?
Salahkah kalau aku disayangi?
Tamakkah aku kalau dicintai?
Buntu aku buntu.
Cinta bertepuk sebelah tangan.
Ada tangan lain yang menghulur dengan angan.
Bingung aku bingung.
Tangan yang dihulur putus keduanya.
Pisau tajam bak pedang menghunus tangannya.
Putus aku putus.
Harapan yang kau sulam putus di jalan yang berliku.
Kebahagiaan yg dicari menjerut leherku.
Bunuh aku bunuh.
Mati lah kau didalam sangkar cintaku.
Friday, 30 May 2014
Penantian
Semua ada cerita yg dikongsi bersama.
Ada cerita diatas kebahagiaan bersama.
Ada cerita kesedihan sepanjang masa.
Ada kisah menjadikan kita kuat berdiri .
Ada kisah menjadikan kita benci membenci.
Percaya lah setiap kisah pasti ada kebahagiaan menanti.
Setiap cerita pasti ada pengakhiran yang dinanti.
Pengakhiran yg dinanti menghitung lama nya.
Hingga kau terlena disana.