MY LIFE WILL NOT PERFECT WITHOUT YOU! :D

Sunday 23 August 2020

Sahabat


Apa erti jika ianya hanya kepuraan semata

atau hanya aku yang berfikiran begitu

aku buntu tanpa arah tuju

aku mungkin salah dan engkau mungkin betul 


Adakah ianya masih bererti jika aku dikhianati 

atau kau masih tidak sedarkan diri

aku belayar lagi tanpa arah tuju

menantikan layaranku terhenti 


Tamakkah aku jika aku mengharapkan tanganmu

atau aku masih di ilusi yang sama

berfikiran tidak nyata

hanya disebabkan sebuah persahabatan. 


Hinakah aku jika aku berharap ianya mati 

harapanku punah sejak berkurun lagi

tidak mustahil hati kian mati

Mati dengan pujuk rayumu, sahabat.  


 

 

 

 

Sunday 16 August 2020

Harapan

Harapan aku kau kuat
Harapan aku kau tidak jatuh dengan mudah
Walau aku sedar kau semakin lelah
Namun kau bangkit melawan tanpa resah.

Aku kesal tidak berada di sebelahmu ketika kau jatuh
Kerna ku tahu kehadiranku lebih merunsingkanmu
Aku tetap ada walau hanya doa ku kirimkan
Moga harapanku dapat dikabulkan.

Percayalah hadirnya hikmah disebalik takdir itu
Hanya jika kau percaya kepadanya
Hanya jika kau percaya kepada apa yang kau lihat
Tidak pernah mematahkan setiap keringat yang kau bina. 

Aku tahu bertahun kau menderita
Saat ini kau masih berfikir salah itu kau punya
Lepaskanlah rasa itu buat selamanya 
Nescaya kau akan bahagia.


Tuesday 20 August 2019

Normal

Adakah angan itu normal?
Manusia normal itu adakah yang berangan?
Atau hanya bayangan akal?
Hingga kini akalku tidak bisa terima kenyataan.

Ada yang bercerita dengan normal
Tanpa secebis riak di wajah
Atau aku yang tidak normal
kerana tidak bisa meramal raut wajah.

Akal yang normal dikurnia tuhan
Masih gagal digunapakai
Jika berjaya diguna akal
Kenapa masih hidup tidak aman?

Badan yang normal dipakai harian
Masih ada keluh diluah sia-sia
Tidak bersyukur kurnian tuhan
Itu normal kepada manusia. 



Tuesday 9 February 2016

Bahagia

2 bulan aku bahagia
Seminggu aku menderita
Ujian tidak terduga datang sekelip mata
Tidak tertanggung dek badan jua
Aku diuji mungkin tanda aku disayangi
Atau mungkin kifarah dosa sendiri
Hanya Dia maha mengetahui
Harapan esok hidup makin sinar bak mentari.

Saturday 26 December 2015

Baru

Meniti titi 2015
Kini aku ke titian terakhir
Langkah ku atur dengan berhati-hati
Mengharap tiada halangan ditepi
Aku terjaga dari mimpi
Mimpi yang aku pasti tiada ku gapai
Mungkin mimpiku tidak seindah yang kuharap
Namun aku tetap belajar sesuatu dari itu.

Selamat datang 2016
Aku akan tetap bermimpi walau sepahit mana mimpi itu akan tidak aku terjaga selagi tiada yang datang menduga.

Sunday 28 June 2015

Lorong

Lorong yang mana,
Di kiri atau di kanan,
Mungkin di hadapan atau di belakang,
Walau di atas atau di bawah sekalipun,
BayangMu tetap di merata,
Mengekori setiap lorong terbentang,
Tanpa sedikit alpa.

Thursday 19 March 2015

Jujur

Sejujurnya,
Dimana perginya dirimu
Dimana hilangnya kasihmu
Apakah aku yang salah
Nyatakan kesalahanku
Terangkan salahku
Sejujurnya,
Aku pasrah denganmu
Aku kecewa dengan keadaanmu
Adakah kau masih ingat padaku
Adakah kau masih sayang padaku
Atau selama ini kau hanya berpura
Menutup mataku dengan kesetiaanmu
Sedangkan hatimu menipuku.